INFO FELDA

Felda Bukit Rokan Utara.
Felda Bukit Rokan Utara terletak di Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan. Para peneroka FELDA Bukit Rokan Utara berasal dari pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Negeri Sembilan serta negeri-negeri lain di Malaysia. Majoriti peneroka FELDA Bukit Rokan Utara adalah terdiri daripada orang Melayu.
Pentadbiran FELDA Felda Bukit Rokan Utara adalah terdiri daripada FELDA yang diketuai oleh seorang Pengurus FELDA dan sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dipengerusikan oleh seorang Ketua Kampung. 

Latar belakang FELDA Bukit Rokan Utara
FELDA Bukit Rokan Utara telah dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1969 dan mula didiami pada tahun 1972. Ia terletak di antara Felda Bukit Rokan di sebelah timur dan Felda Bukit Rokan Barat di sebelah barat. Ia merupakan sebuah perkampungan pertanian separa moden dan didiami oleh penduduk berbilang bangsa. Lokasi kampung ini adalah strategik dengan kedudukannya yang bersempadan dengan 3 daerah iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah.
Kampung ini terbahagi kepada 3 peringkat yang merangkumi kawasan tanah seluas 2,823.86 hektar, dengan kawasan Peringkat 1 seluas 1,439.59 hektar, Peringkat 2 seluas 972.30 hektar manakala Peringkat 3 seluas 411.97 hektar. Jumlah keluarga yang menetap di kampung ini adalah sebanyak 521 di mana terdapat 221 keluarga di dalam Peringkat 1, 217 keluarga di dalam Peringkat 2 manakala 79 keluarga lagi menetap di Peringkat 3.
Tanaman asal di kampung ini adalah getah. Pada masa ini, setelah penanaman semula dijalankan, tanaman utamanya terdiri daripada getah dan kelapa sawit. Kampung ini telah mempunyai segala kemudahan prasarana dan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan sistem telekomunikasi yang lengkap untuk kemudahan penduduknya.
Segala urusan pentadbiran kampung ini pada awalnya dijalankan oleh FELDA melalui satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) yang dianggotai oleh pihak pengurusan FELDA dan wakil-wakil peneroka.
Pada 14 November 1996, Kerajaan Negeri Sembilan telah menyerahkan Surat Kuasa/Hak Milik tanah kepada 432 orang peneroka yang terdiri daripada 215 orang peneroka Peringkat 1, dan 217 orang peneroka Peringkat 2. Manakala baki selebihnya seramai 79 orang peneroka Peringkat 3 telah menerima Surat Kuasa/Hak Milik mereka pada penghujung tahun 2002.
Dengan penyerahan Surat Kuasa/Hak Milik tanah tersebut, segala urusan pentadbiran kampung terletak di bawah sebuah jawatankuasa baru yang diwujudkan dan dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dan Kerajaan Negeri Sembilan. Dengan itu, segala urusan kemudahan prasarana dan infrastruktur kampung ini yang sebelumnya terletak di bawah tanggungjawab FELDA telah dipindahkan kepada pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Ringkasan Kawasan Felda Bukit Rokan Utara Mengikut Peringkat
BIL PERKARA
PERINGKAT 1 PERINGKAT 2 PERINGKAT 3
JUMLAH
1. Tarikh Mula Pembangunan
27-12-1969 02-10-1971 10-11-1974

2. Keluasan Kawasan Keliling
1,439.59 972.30 411.97
2,823.86
3. Kawasan Perkampungan
- - -
134.90
4. Tarikh Mula Diduduki
15-02-1972 27-10-1975 29-10-1980

5. Bilangan Penduduk
219 216 79
514
6. Premis Awam
- - -
8.162
7. Kawasan Penanaman
918.90 874.95 322.80
2,116.65
8. Kawasan Penternakan
- - -
4.00
9. Lot Kosong
2.00 3.00 2.30
7.30
10. Kawasan Paya / Rendah
396.00 44.30 54.00
494.30
11. Rizab Sungai
- 7.00 -
7.00
12. Rizab Jalan JKR
2.10 26.60 24.90
53.60
13. Rizab TNB
- 15.91 -
15.91