Dilahirkan pada 02 Jan 1969 di Kampung Air Gelugur, Tenai .
Membesar
di Kg Tenai dengan 7 adik beradik. Didikan awal di Sekolah Kebangssan
Dato' Abdullah dan seterusnya bersekolah di Sekolah Menengah Tunku Besar
Tampin dan melanjutkan
pelajaran hingga ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang
Kejuruteraan Awam. Bapa kepada Mohd Isam
amat di kenali di sekitar Gemencheh dengan panggilan Hj Isa teksi. Pada
tahun 2000 beliau nekad untuk pulang ke kampung halaman dengan niat
untuk menetap di kawasan Gemencheh untuk menjalankan perniagaan serta
berbakti kepada masyarakat setempat. Menjadi pemandu teksi menggantikan
bapanya bukanlah satu kerjaya yang kekok buat beliau. Pengalaman
tersebut menguatkan azam beliau untuk merapatkan diri beliau dengan
masyarakat. Atas usaha yang gigih beliau berani menceburkan diri menjadi
kontraktor atas pengalaman beliau bekerja sejak tahun 1989. Pada tahun
2000 bermula era beliau membentuk satu kerjaya yang menobatkan beliau
mendapat iktiraf Anugerah Belia Negara Peringkat Kebangsaan pada tahun
2007. Mempunyai isteri Pn Ruzita binti Zainal berasal dari Kampung Ulu
Ladang, Gemas sentiasa mendorong dan memahami kerektor beliau yang
sentiasa membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.
Pada tahun 2008 beliau memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Tampin sehingga 2013. Beliau sering mengadakan ziarah mesra
bertemu warga emas yang uzur, oku mahupun golongan yang miskin. Ihsan
syarikat beliau juga menyalurkan sumbangan kepada PIBG sekolah2, bantuan
anak2 sekolah Universiti dan pesakit kronik serta aktiviti aktiviti
kemasyarakatan di DUN Gemencheh.
SEJARAH PENDIDIKAN
* Sijil Kejuruteraan Awam 1987 – 1989, Politeknik Sultan Haji Mohd Shah Kuantan
* Diploma Kejuruteraan Awam 1991 – 1992, Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan
* Ijazah Kejuruteraan Awam 1996-2000, Universiti Teknologi Malaysia
SEJARAH KERJAYA
SEJARAH KERJAYA
* Penyelia Tapak 1989 - 1991
* Pembantu Teknik 1992 - 1999
* Pengurus Projek 1999 - 2000
* Pemandu Teksi secara sambilan 2000 - 2003
* Pengurus Syarikat 2000 - Hingga sekarang ( MIMI SDN BHD )
PENGIKTIRAFAN
* Pingat PJK - 2004
* Pingat ANS - 2010
* Anugerah Belia Negara - 2006 ( Peringkat Negeri Sembilan - Kategori Keusahawan )
* Anugerah Belia Negara - 2007 ( Peringkat Kebangsaan - Kategori Keusahawanan )
JAWATAN DALAM PERTUBUHAN
AJK Pemuda Bahagian - 2004 hingga 2008
Ketua Pemuda Bahagian - 2008 hingga 2013
Bendahari Pemuda UMNO NS - 2008 hingga 2013
AJK Biro Ekonomi dan Keusahawanan Pemuda UMNO Malaysia - 2008 hingga 2013
Penasihat Gerakan Belia 4B Kawasan Tampin - 2008 hingga sekarang
Bendahari JKKK Kg Tenai Air Gelugor - 2008 hingga sekarang
LATAR BELAKANG KELUARGA
Isteri
bernama Ruzita binti Zainal kelahiran tahun 1974 berasal dari Kg Ulu
Ladang Gemas, mempunyai 5 anak. 3 lelaki dan 2 perempuan.