Kenali YB Adun Gemencheh



YB Tn. Mohd Isam bin Hj Mohd Isa 
Dilahirkan pada 02 Jan 1969 di Kampung Air Gelugur, Tenai .
Membesar di Kg Tenai dengan 7 adik beradik. Didikan awal di Sekolah Kebangssan Dato' Abdullah dan seterusnya bersekolah di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin dan melanjutkan pelajaran hingga ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Kejuruteraan Awam. Bapa kepada Mohd Isam amat di kenali di sekitar Gemencheh dengan panggilan Hj Isa teksi. Pada tahun 2000 beliau nekad untuk pulang ke kampung halaman dengan niat untuk menetap di kawasan Gemencheh untuk menjalankan perniagaan serta berbakti kepada masyarakat setempat. Menjadi pemandu teksi menggantikan bapanya bukanlah satu kerjaya yang kekok buat beliau. Pengalaman tersebut menguatkan azam beliau untuk merapatkan diri beliau dengan masyarakat. Atas usaha yang gigih beliau berani menceburkan diri menjadi kontraktor atas pengalaman beliau bekerja sejak tahun 1989. Pada tahun 2000 bermula era beliau membentuk satu kerjaya yang menobatkan beliau mendapat iktiraf Anugerah Belia Negara Peringkat Kebangsaan pada tahun 2007. Mempunyai isteri Pn Ruzita binti Zainal berasal dari Kampung Ulu Ladang, Gemas sentiasa mendorong dan memahami kerektor beliau yang sentiasa membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Pada tahun 2008 beliau memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin sehingga 2013. Beliau sering mengadakan ziarah mesra bertemu warga emas yang uzur, oku mahupun golongan yang miskin. Ihsan syarikat beliau juga menyalurkan sumbangan kepada PIBG sekolah2, bantuan anak2 sekolah Universiti dan pesakit kronik serta aktiviti aktiviti kemasyarakatan di DUN Gemencheh. 

SEJARAH PENDIDIKAN
* Sijil Kejuruteraan Awam 1987 – 1989, Politeknik Sultan Haji Mohd Shah Kuantan
* Diploma Kejuruteraan Awam 1991 – 1992, Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan
* Ijazah Kejuruteraan Awam 1996-2000, Universiti Teknologi Malaysia

 SEJARAH KERJAYA
* Penyelia Tapak 1989 - 1991

* Pembantu Teknik 1992 - 1999
* Pengurus Projek 1999 - 2000
* Pemandu Teksi secara sambilan 2000 - 2003
* Pengurus Syarikat 2000 - Hingga sekarang ( MIMI SDN BHD )

PENGIKTIRAFAN 
* Pingat PJK - 2004
* Pingat ANS - 2010
* Anugerah Belia Negara - 2006 ( Peringkat Negeri Sembilan - Kategori Keusahawan ) 

* Anugerah Belia Negara - 2007 ( Peringkat Kebangsaan - Kategori Keusahawanan )
JAWATAN DALAM PERTUBUHAN
AJK Pemuda Bahagian - 2004 hingga 2008
Ketua Pemuda Bahagian - 2008 hingga 2013
Bendahari Pemuda UMNO NS - 2008 hingga 2013
AJK Biro Ekonomi dan Keusahawanan Pemuda UMNO Malaysia - 2008 hingga 2013
Penasihat Gerakan Belia 4B Kawasan Tampin - 2008 hingga sekarang
Bendahari JKKK Kg Tenai Air Gelugor - 2008 hingga sekarang
LATAR BELAKANG KELUARGA
Isteri bernama Ruzita binti Zainal kelahiran tahun 1974 berasal dari Kg Ulu Ladang Gemas, mempunyai 5 anak. 3 lelaki dan 2 perempuan.